Thursday, May 7, 2009

Info utk dikongsi bersama

KUALA LUMPUR - Jika anda berniat untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 pada tengah malam 31 Ogos nanti, mungkin hasrat itu terpaksa dilupakan seketika atau sekurang-kurangnya sehingga 2011.

Ia kerana acara yang dirai penuh meriah itu pada setiap 31 Ogos itu buat julung kalinya tidak disenaraikan di dalam kalendar rasmi perayaan Bulan Kemerdekaan pada Ogos sehingga September ini.

Sebaliknya, menurut laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, beberapa acara bercorak keagamaan bakal disusun bagi mengisi program sambutan kemerdekaan negara yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.

Apa yang menarik, jadual beberapa acara sempena perayaan kemerdekaan negara kali ini juga dianjak lebih awal oleh Cawangan Acara dan Protokol, Bahagian Pengurusan Acara di kementerian tersebut sebagai menghormati bulan Ramadan.

Antaranya ialah Sayembara Puisi Merdeka di Ipoh pada 13 Jun, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 2009 di Melaka pada 9 Julai dan Pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Ogos.

Bulan Kemerdekaan yang pada kebiasaannya bermula dari 17 Ogos hingga 16 September turut tiada dalam kalendar acara anjuran kementerian itu kali ini.Ia sebaliknya diganti dengan Majlis Semarak Ramadan dan Gema Aidilfitri.



notakaki : bagus la kalo tak ada sambutan tp betul ka tak ada sambutan langsung?? leh caya ka!!

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

5 comments:

Vee Violet said...

good info sal...
hmmm... benda ni ada baik buruknya...
=)
how are you today sal?
sihat tak?

afsal_8281 said...

Vee...
u r alwiz be the 1st eh
kene bagi award neh...hii3X

tu la kan sbb its a good info la
i copy to here dear...sama2 leh share kan

emmm today better sikit la than yesterday..
cuma flu masih ada gi...
how r u dear?

psstt Vee...
ape cer ngan ur n3 yesterday??
wanna share??

♥ Che NamNam ♥ said...

tahhhnyerrr....bulehhh ker cayer..kehh..
wehhhh ko dahh sihat ka...

p/s:pasal tutorial yg ko ckp tuhh...buat lerrr..saper2 ponnn bolehh jerkk kalau nak wat..bkn utk zura jerk..TQ sudi komen blog haku

Vee Violet said...

sal... yesterday?
emo skit je... hihihih...
dah ok dah no worries ek. thanks tau...
=)
mwaahkss!!

afsal_8281 said...

shi3la...
ape ye leh cayer tu nye??

aku macam tu gak la weh...finin+sesema+batuk lagi pulak = dumam lagi

sal tutorial tu tq eh kasi sudi ilmu tu...will try later

Vee...
ooo emo eh...its ok
nama pun manusia biasa kan
tak akan penah dpt lari dari
menghadapi dugaan hidup kan dear

all the best ya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...