JAMAL (kanan) dan Fatimatuzahra ketika menghadiri perbicaraan kes
perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.
SHAH ALAM - Penyanyi Jamal Abdillah sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila membuat pengakuan bahawa dia melakukan hubungan seks dengan isterinya selepas dua hari melafazkan cerai tanpa niat untuk rujuk dengan wanita itu.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 50, berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Fatimatuzahra Samad, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Fatimatuzahra memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 setelah mendakwa diceraikan defendan pada pukul 8 malam 15 Mei 2007 ketika sedang memandu kereta.
Menurut Jamal yang disoal balas peguam syarie, Hairunnajmi Najmuddin yang mewakili plaintif, dia sedar kesan dan akibat lafaz cerai yang dibuatnya terhadap Fatimatuzahra malahan sebelum melafazkan cerai dia telah meminta plaintif merenung ke arah mulutnya.
Bagi Raja Pop itu, walaupun mereka telah mengadakan persetubuhan, dia tiada niat langsung untuk rujuk kembali dengan plaintif selepas menceraikan isterinya itu pada 15 Mei 2007.
Jamal juga berkata, dia telah menerangkan kepada Fatimatuzahra bahawa mereka telah bercerai dan hanya berkawan dan ia tidak lebih daripada itu.
Sementara itu, Fatimatuhzahra ketika memberi keterangan pula dilihat menitiskan air mata apabila mengulangi lafaz cerai yang berbunyi "aku ceraikan kau dengan talak satu'' yang didengarnya dengan jelas ketika sama-sama berada dalam kereta.
Menurut wanita itu, dia tidak tahu mengapa Jamal melafazkan cerai dan dia kurang pasti sama ada suaminya berada dalam keadaan sedar atau tidak kerana ketika itu dia melihat Jamal kelihatan tidak normal.
Jamal pula yang tidak diwakili peguam sebaliknya memberitahu, dia menceraikan plaintif pada pukul 10 pagi hari yang sama dan bukannya pada jam 8 malam seperti yang didakwa.
Berhubung persetubuhan yang berlaku dua hari selepas bercerai, Jamal berkata, dia melakukan persetubuhan demi untuk merapatkan semula hubungan agar menjadi lebih baik demi anak-anak namun nampaknya ia tidak berjaya.
Hairunnajmi kemudian bertanya adakah ia bermaksud Jamal berniat untuk rujuk semula dengan isterinya namun penyanyi itu menafikannya.
nota kaki : kalo asik kawin cerai kawin cerai mcm ni la jdnye...hukum hakam halal haram pun buat main2 ja...ni la yg org puja2 kan sgt tu!!
4 comments:
Makin byk yang bercerai. "manusia akhir zaman". Vee jarang nak puja org, if artis Vee kagum bakat yg they all ada selalunya.
Kisah2 mcm ni, jadikan ikhtibar dan teladan...
=)
Vee...
nak ckp lebih2 baba kawin cerai ni
tak berani la sbb dunia skang ni kata
org akan balik kt kita balik...
so just leh baca je dan jdikan iktibar
yg baik jdkan teladan
yg buruk jdkan sempadan
test test test..
hai sis...
how r u...da kembali berblogging ke??
Post a Comment