Monday, May 25, 2009

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".


AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

4 comments:

nita said...

thanks 4 sharing.. akak biasenya akan buka sedikit tingkap kete kalo parking kat opis dan umah.. skit jerr.. kang bukak lebar kang, lain hal lak jadiknyerr..

kirana said...

Bagus la info nih. Kirana ingatkan cuma air dlm botol je yg takleh letak dlm kereta dan diminum. Rupe2 nyer ape2 jenis plastik pun mdatangkan risiko... Thanks atas info yg berguna nih!

Dearie Pearls said...

Thanks for sharin dear...

panduan nie..

afsal_8281 said...

sis_nita...
ooo boleh eh buka sikit...kan pe
kt parking ofis ni tak bani la nak buka tingkap tu kang dorg leh pecahkan lak...hu3X

kirana...
thanks for singgah eh...tu la tu sal pun baru tau je info ni ms baca emel...
sharing is caring rite

LOL...
ur welcome dear...info berguna sama2lah kita share kan...hii3X

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...