Monday, May 25, 2009

BACA TAU!!!!! jgn memain... forwardkan kepada umat islam yg lain....

Bacalah!
Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara remaja berhati-hati! Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi......
Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain. Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.
Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan.. Ssetelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi....
Pengajaran:-
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada si mati berlambangkan salib dan si mati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.
Kisah kedua
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, dihadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian.. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan di kebumikan berdekatan dengan masjid.
Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur si mati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa si mati adalah seorang budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar si mati.....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian..
Barulah tiada tangisan kedengaran.. ...
Inilah keadaan yang berlaku sekarang.... oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak, adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di mana-mana... tanpa disedari.
Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar.... Samada benar atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...
Wallahu'alam.....
" wahai tuhan ku, aku tak layak ke syurgamu... namun tak pula aku sanggup keNerakamu..., kamilah hamba yang mengharap belas dariMU........., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa...., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki Arasy yang Agung "

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".


AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Friday, May 22, 2009

ingat kedai mamak Ali Maju ka!!

"teh 'o' dua...kurang manis aaa..!!"

'wah...main order2 bagai mcm kat kedai mamak jek...ingat aku ni waiter kedai mamak Ali Maju ke???' kata2 ni bermain kat dalam ati je...

dgn muka ala2 sebal dek arahan yg macam order kat kedai mamak ku teruskan langkah kaki ini menuju ke pantry... apa lagi kalo bukan menjerang air utk dibuat teh 'o' yg diorder tu... jgn pertikaikan keikhlasan aku tu sbb 50:50 je...hu3X teruk kan aku neh...adesss

settle aku pun bwk masuk bilik... hidangkan

"jernihnya boleh nampak...tembus.."

dgn senyum2 senget ala2 sengal aku hidangkan jua walaupun dikritik di dpn tetamu tu...takpe sabar...sabar...maniskan mukamu itu wahai aku...dlm hati ni

'eiii byk songeh la pulak...dah la main order saja da org buat komen2 lak...jirus atas kepala ha!!'

he3X...ganas tul aku neh

"ok teh tu...sedap!!"

errkk pulak dah... mcm tu lak aku tak paham la kejap kompelin kejap puji mcm apa je... tp kiranya aku LULUS la tu eh... ok bulih tawen dah la kan da pandai wat ayaq?? he3X
eh...aku tak tawen lagi ke??? dah laaaa....
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

korang bosan tak??

ni nak tanye ni...
korang bosan tak masuk blog aku ni??
ala...jawab je sejujurnya
sbb aku tak kesah pun
kerana aku pun bosan tiap
kali masuk blog aku ni...
he3X...
boleh tak aku rasa camtu??

mintak maaf ye...
aku bukan bosan sbb blog ni tak cantik ke apa ke
aku berterima kasih sgt2 pd org yg createkan
blog ni utk aku
tp aku bosan sbb
macam tak menarik tertarik
dan sesungguhnya aku akui
aku tak pandai nak update itu ini
cukup sekali aku tergatai tgn nak tukar template
last sume ilang
cukup sekali tu
no more again

ada idea tak camne nak santikkan
dan nak naikkan mood aku dan korang2
tiap kali masuk sini??

he3X..
n3 kali ni pun bosan kan??
sbb apa tau...
sbb aku sentap....ha3X
budus...hal kecik pun mau sentap2 bagai

oklah..
biarlah aku kebosanan di balik tiang ini...
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

syukur...ALHAMDULILLAH

pertama sekali aku bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T atas rezki yg DIA dah bagi kat aku sepanjang hidup aku ni...

aku nak kongsi berita gembira ni dengan semua kawan2 aku yang dapat baca n3 aku kali ni...

Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Puan Salmiyah binti Che Abdul Salleh, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17

dapat je surat ni aku tak tunggu lama terus telefon seseorang yg paling hampir dgn aku...sapa lagi kalo bukan lovely hubby aku... emmm dlm aku gembira ada juga sedihnya...

baru je aku cakap aku dah dapat surat lovely hubby terus ckp

"surat pengesahan jawatan ke?"

aku ngaku la dgn senyum simpul walaupun dia tak nampak kan...hati ada munge2 tp terus layu dan kecut je bila tak ada nada gembira pun dari sebelah sana... ucapan tahniah pun aku tak dengar... buatkan yang dah layu dan kecut tu gugur bersama gugurnya air jernih dari tebing mata ni...

tak...aku bukan sensetif tak tentu pasal tp aku cuma terkilan je kenapa susah ke nak wish TAHNIAH kat bini sendiri?? mahal sgt ke ucapan tu utk diberikan pada aku?? tiba2 aku jadi sensetif pulak tak sedar ada air mengalir jatuh basah pipi ni... mengada2 ke aku sbb ni pun nak sedih bagai?? aku rasa tak kot sbb sapa2 pun mesti ingin berkongsi kegembiraan dgn org tersayang kan tp bila no respon mesti sentap gak kan... emmm itu aku org lain aku tak tau la

emmm takpe la...yg pasti korang kawan2 aku semua sudi berkongsi kegembiraan ni dgn aku kan?? korang syg kat aku kan?? sayangilah aku seadanya...hu3X

dan aku perlu berterima kasih juga pada lovely hubby walaupun tiada ucapan tahniah dari dia tp keizinan dia bagi aku kerja da cukup buat aku dan pengorbanan dia lepaskan aku berjauhan dari dia bukan semua suami boleh buat... thanks a lot B
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Thursday, May 21, 2009

Karenah Nur 'Ain

pg ni aku lambat bangun tau...ni sume gara2 si kenit Nur 'Ain tu la aduhai anak kesayangan ibu ni...

petang semalam masa dalam kete nak balik dari ofis akak yang ngasuh si kenit ni call aku bgtau yg Nur 'Ain demam, badan dia panas sangat...aku da cuak dan gelabah dah. patut la pagi semalam masa nak antar dia badan dia panas je tapi aku ingatkan sebab baru bangun tido so aku abaikan je la lagipun dia ok je leh senyum2 lagi... tp malam kemarin mmg dia merengek2 masa tido dan macam tak selesa nak tido... tp bila pujuk2 dan peluk2 tertido gak akhirnye...

so balik dari ofis petang semalam lepas antar akak yg tumpang kete aku tu balik singgah umah bancuh susu terus bawak gi kinik...kali ni tukar ke kinik lain lak. nasib baik tak de orang pun kat kinik tu so tak amik masa yang lama la nak tunggu... tp tengah dok tunggu tu si Nur 'Ain menangis2 apa lagi...ngantuk la nak dibuaikan... pujuk2 kasi puting tipah tertipu pun tak jalan... masuk jupe doktor lagi kuat dia menjerit2... aku biarkan je sebab bukan dia sakit cuma ngantuk je... doktor tu check itu ini ckp demam tak kuat cuma panas sikit je... sikit ke aku rasa cam bahang je badan dia...tp dah doktor cakap sikit...ok la aku terima la kan...hu3X

siap amik ubat bayor bagai balik...lam kete sib baik diam lak kalo tak mau tak tentu arah aku nak drive... dalam pada tu sayu gak hati ni sebab kene hadapi ni sume sorang2 kan... kalo ada lovely hubby kuat la sikit tp ni hakikat yang aku harus terima so aku kene kuat... sampai je umah terus masukkan dalam buai kasi susu...zzzzZZZzzz dia tito... legaaaaa

aku pun amik peluang la naik mandi semua nasib dah semayang asar kat ofis dah... aku pulak dah sakit kepala berdenyut2... rasa nak tito gak tp nak kene lipat baju, kemas baju2...tahan je la... lps maghrib ingat nak tito la... dah bangun lak dah si kenit tu...emmm layankan je la dia... tp sib baik mood da ok....hii3X aku soka bila anak aku eppy...

tak lama je bangunnye...lepas babah dia call dia pun tito balik... sampai la aku angkat dia masuk bilik dia jaga la pulak...da kul 11.00 malam dah tu... aku pun layan la dia dulu borak2 ngan dia dalam bahasa dia yang aku tak faham sampai la jam mengenjak ke pukul 11.30 tak boleh jadi ni...kene bagi dia tito gak...esok (hari ni) aku nak kene bangun pagi2... semayang isyak pun belum lagi... dia tamo tito aku biarkan je aku semayang dulu... da sudah peluk2 dia tepuk2 dia tak jalan gak...kasi susu pun susu da licin tak tito lagi... dok ajak aku borak adesss anak oiii ibumu ni esok nak bangun awal.... tak jalan aku temper dah... tinggikan suara dia pandang je muka aku... tak jalan lagi aku tampar montot dia... agaknye dia kecik ati dia menangis dan menangis dan menangis....hu3X... lama pulak tu... tak makan pujuk aku da runsing dah... jam da kul 12.30... akak umah aku pujuk pun tak jalan...last aku bawak turun letak lam buai kejap je tito...legaaa dan aku tertido gak kat sofa...letih, ngantuk sume ada...

sedar2 da kul 1.30 angkat naik bilik dia jaga balik.... adushhh camne ni...aku peluk2 pujuk2 sumbat susu sumbat tipah tertipu (puting kosong..he3X) last dia pun tertido tp mcm mlm semalam tidonya mcm terganggu... mungkin panas kot sbb dia peluh2 basah baju dan panas badan dia pun da kurang...alhamdulillah pagi ni panas da byk kurangnye...

dek kerana 3 4 kali terbangun malam tadi pagi ni alarm bunyi pun tak dengar tengok2 dah 6.03..aku terlambat... aku jaga buka lampu dia pun jaga dok merengek2 kasi puting dia luah kasi botol kosong... pg ni pun dia meragam lagi... aku rasa juga mungkin sebab pampers dia da penuh kot tu yang dia macam tak selesa tu...

time nak salin pampers tu... aku tengok dia macam geli geleman tau tengok2 dia bantai kencing lak...adessss budak kenit ni la... sib baik kencin lam pampers semalam kalo tak dah rugi satu pampers.... macam2 pangai dia... hu3X

emmm walaupun pagi2 dia macam meragam tapi dalam kete nak gi antar umah ngasuh tu dia ok leh senyum2 lagi...aku suka bila dia pandang je muka aku time aku drive...bila aku tengok dia, dia senyum...bahagianya hidup aku rasakan....syukur

satu aku perasan si Nur 'Ain ni...kuatnye rajuk dia saling tak tumpah macam aku...he3X
ibu borek anak rintik...boleh?? one more thing dia pun sama...kalo nak nyusu jangan la lambat memang dia ngamuk2.... tu satu lagi pangai aku tak suka lambat... dan ini diakui oleh lovely hubby aku yg anak dia kuat merajuk dan tak boleh lambat macam ibu dia...hii3X
nasib la...

itulah alkisahnye karenah Nur 'Ain...buah hati aku dan lovely hubby ;D
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Tuesday, May 19, 2009

memaafkan senang melupakan susah kan???

emmm tengah sibuk2 wat keje jap ni ada YM satu hamba ALLAH ni masuk...terkujat gak aku sbb tiba2 je dia nak approach aku kan...

hamba ALLAH : Asslamualaikum....sibuk ke? boleh sembang?

aku : salam...biasa2 je

pastu hamba ALLAH tu gtau la dia nak p Mekah wat Umrah on 30 Mei ni so dia mintak maaf la kat aku atas segala salah dan silap dia sepanjang masa kami serumah dulu dan mintak gak halalkan makan dan minum dia... katanya juga dia da lupakan semua yg berlaku dan maafkan aku... maafkan aku?? aku ngaku aku pun ada wat salah tp sebenarnya sapa yg ptt maafkan sapa ni?? cara dia tu mcm aku lak yg byk salah kat dia.... ni la manusia yg selalu berasakan diri dia tu baikkkkkkkkk sgt2...

aku pun da org tu mintak maaf dan nak p Umrah lak tu aku pun jwb la "sama la.." tu je mls nak lebih2... kan pe dia pi sana kita tak tau apa jadi kan...dia sendiri gak yg ckp tadi takut tak balik sini lagi... emmm apa2 je la ko.... pastu aku tak tau apa motif dia dok cite kat aku yg dia ngan laki selalu solat jemaah, gi mana2 pun sesama, rasa mcm disayangi sgt dan bersyukur katanya anak2 laki dia (dia kawin ngan laki org) terima dia dgn baik dan selalu lepak umah dia.... ehhh aku cam apa minah ni dok cite2 kat aku ni nape lak?? nak kongsi cite ke nak kasi aku jelez ke aku pun tak tau dan aku tamo bersangka buruk kat dia so aku juz jwb jaga laki dan r/tangga tu elok2... tu je sbb aku sedikit kekompiusan sbb apa dia cite mcm tu kat aku.... lantak ko la

sebenarnya aku nak tekankan di sini...memaafkan seseorg tu mmg senang tp melupakan tu satu hal yg susah kan... sampai mati pun kita akan tetap ingat apa yg org da buat kat kita... so jahat ke aku kalo aku masih ingat apa yg dia buat kat aku walaupun dia da mintak maaf?? bg org yg buat tu mmg dia akan mudah melupakan tp yg kene ni apa kess???

apa pun aku rasa aku dah tak berdendam dgn dia dan aku kalo tersermpak dgn dia pun leh senyum lagi sbb aku tak reti nak dendam lama2 dgn org...itu kelemahan aku...
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

genap 20

he3X....
blog aku ni setelah di letakkan counter tu
da genap 20 org yg menjenguk...

siapakah gerangan org yg ke 20 tu ye??
boleh tak jelmakan diri anda??
maklum la aku kan insan ala2 jakun gitu...

layankanlah aku yg jakun ni ye...
ha3X
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

sentap

ni la kamus yg amat berguna pada aku time2 aku masih bergelar student dulu... da berapa tahun bersama dgn aku mmg selayaknye la mcm ni rupanye kan..hii3X ini menunjukkan aku mmg guna btl2 kamus ni. betul tak??


inilah rupa kamus aku yg disarankan oleh Encik aku baling je
dlm parit sbb apa?? sbb da koyak2 dan relai2... ada ka patut!!!


tu relai2 tu sbb aku rajin tgk kamus tau...hu3X
sampai hati nak baling dlm parit kan?? sedih aku tau...
sentap!!


AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Nur 'Ain lagi

udah pakai tudung letak aye dlm raga ni pulak....hu3X



hiii...aye nak gi jalan2...nak itut tak?? jom la.. la la la la

ibu...jom la itut aye gi jalan2...





AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

cuak aku weh...

adesss...jantung aku tak henti lagi berdegup kencang

sam... aku cuak beb!! and aku mintak sorry naik lorry byk2 eh sbb msge aku tadi agak buat ko pun cuak gak...hu3X

pape pun aku da dpt...thanks
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Wednesday, May 13, 2009

Counter

ek eleh...org buat counter tu aku pun nak buat gak... maafkanlah aku ya kasi chance la kat aku yg kemaruk ni ye!!

tp aku start dgn 00000 dan aku tak tau la bape org je yg jengah ke sini...he3X suka hati korang la kan org lain da beribu2 aku baru 00001 je yg jengah kan...ahaksss aku tak kesah la

gelakkan la aku ni ye aku siyes tak marah sbb skang ni pun aku msih blur lagi... nge3X
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

aku yg blur...

baru tak sat ni aku turun bwh antar dokumen kt bilik TKP kan... dlm lif ada la dilekatkan satu mcm memo la yg mengkhabarkan interview bg jawatan J29 - Technician Assistant bertukar ke tingkat 6.... ok la kan

boleh tak ms aku masuk lam lif tu nak naik balik kt ofis aku tu aku leh terpikir...

"eh nape la tiap tingkat ada memo ni??? rajin tol depa ni dok lekat setiap tingkat..." (ada 7 tingkat ofis aku ni)

aku cam blur then baru aku sedar balik tu lif yg sama aku naik ~ turun mesti la memo tu akan sentiasa je ada kt situ!!! adessss apa kena ngan aku ari ni??? agak blur la pulok... hu3X


nota kaki : blur itu aku...
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Tuesday, May 12, 2009

perasan santek sgt la tu!!

n3 kali ni aku nak tujukan khas buat pompuan kat bawah ni sbb aku meluat sgt kt dia...perasan sgt dia tu lawo... mcm bagus!! aku da lama anti kat pompuan ni tau tp aku pendam je la apa nak buat.... aku harap korang maafkan la aku sbb berperasaan mcm ni eh...

kt ofis ni korang tnye la sapa yg tak kenal dia ni... kalopun tak tau nama dorg cam muka tu kecuali budak baru mmg tak kenal la dia... aku pun tak tau org suka kt dia atau pura2 suka je sbb nak jaga ati dia tp yg aku tau dia mmg tak ngam ngan sorg manusia tu...hii3X nasib la manusia tu...

dah la malas la aku nak ckp lebih2 pasal pompuan ni... buat rugi masa aku je... korang tgk la sendiri pompuan yg perasan santekkkkkkkk sgt tu!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tara.... ni la pompuan itew!! ha3X
nota kaki : org letak gambo dia pun sibuk nak tayang muka...adessss

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

yang LIMA tu...

actually dah lama aku nak buat n3 pasal yg LIMA ni tp asik tak sempat je kan... ok meh aku nak story psl yg LIMA ni... tiap pg aku mesti dgr pasal yg LIMA ni

yg sorang berkata:
lebih kurang la kan ayat dia... saya dah LIMA tahun belajar di luar negara tp saya tak lupa yg LIMA tu...

sorang lagi berkata:
saya sudah jelajah LIMA benua tp tak lupa yg LIMA tu juga..

yg ketiga lak berkata:
saya pula tak ke mana2 tp saya tak lupa yg LIMA tu...

masa mula2 dulu aku mcm kagum la kan...wah tak sangka radio boleh buat iklan camni kan sbb tak pernah dgr lagi mana2 radio yg buat iklan ni cuma radio Hot fm je yg ada... mcm tak sangka la kan walaupun dorg mcm hot2 je tp masih ingat yg LIMA tu.... dlm hati aku kata wah bagus la depa ni... tp kekaguman aku tu kejap je sbb apa yg aku sangka meleset.... emmmm

korang tau tak apa yg LIMA tu??? nak tau scroll la ke bawah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Kedaulatan Undang-Undang

Keluhuran Perlembagaan

Kesopanan dan Kesusilaan

(aku tak sure susunan dia eh..)


ini rupanye yg dorang bertiga tu tak pernah lupa... laaaaa aku ingatkan yg LIMA ialah :

Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak

rupanya rukun negara! he3X... agak2 bila dorg nak buat iklan utk sembahyang LIMA waktu lak eh?? satu persoalan yg tak tau sapa nak jwb kan....
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Jamal mengaku bersetubuh selepas lafaz cerai

JAMAL (kanan) dan Fatimatuzahra ketika menghadiri perbicaraan kes
perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Penyanyi Jamal Abdillah sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila membuat pengakuan bahawa dia melakukan hubungan seks dengan isterinya selepas dua hari melafazkan cerai tanpa niat untuk rujuk dengan wanita itu.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 50, berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Fatimatuzahra Samad, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Fatimatuzahra memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 setelah mendakwa diceraikan defendan pada pukul 8 malam 15 Mei 2007 ketika sedang memandu kereta.

Menurut Jamal yang disoal balas peguam syarie, Hairunnajmi Najmuddin yang mewakili plaintif, dia sedar kesan dan akibat lafaz cerai yang dibuatnya terhadap Fatimatuzahra malahan sebelum melafazkan cerai dia telah meminta plaintif merenung ke arah mulutnya.

Bagi Raja Pop itu, walaupun mereka telah mengadakan persetubuhan, dia tiada niat langsung untuk rujuk kembali dengan plaintif selepas menceraikan isterinya itu pada 15 Mei 2007.

Jamal juga berkata, dia telah menerangkan kepada Fatimatuzahra bahawa mereka telah bercerai dan hanya berkawan dan ia tidak lebih daripada itu.

Sementara itu, Fatimatuhzahra ketika memberi keterangan pula dilihat menitiskan air mata apabila mengulangi lafaz cerai yang berbunyi "aku ceraikan kau dengan talak satu'' yang didengarnya dengan jelas ketika sama-sama berada dalam kereta.

Menurut wanita itu, dia tidak tahu mengapa Jamal melafazkan cerai dan dia kurang pasti sama ada suaminya berada dalam keadaan sedar atau tidak kerana ketika itu dia melihat Jamal kelihatan tidak normal.

Jamal pula yang tidak diwakili peguam sebaliknya memberitahu, dia menceraikan plaintif pada pukul 10 pagi hari yang sama dan bukannya pada jam 8 malam seperti yang didakwa.

Berhubung persetubuhan yang berlaku dua hari selepas bercerai, Jamal berkata, dia melakukan persetubuhan demi untuk merapatkan semula hubungan agar menjadi lebih baik demi anak-anak namun nampaknya ia tidak berjaya.

Hairunnajmi kemudian bertanya adakah ia bermaksud Jamal berniat untuk rujuk semula dengan isterinya namun penyanyi itu menafikannya.


nota kaki : kalo asik kawin cerai kawin cerai mcm ni la jdnye...hukum hakam halal haram pun buat main2 ja...ni la yg org puja2 kan sgt tu!!



AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Monday, May 11, 2009

dgn vangganye...

...akhirnya aku nye time kt posting betul dan mengikut perkembangan juga akhirnya ha3X... agak perak dan jakunnye akuk kan??

LOL...
lots of thanks for you
ilmu baru tu dear

aku vangga sbb pandai juga ye aku ni kan... ;D
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

kenapa ye??

kenapa ye...
hari ni dah 11 Mei kan
tp nape bila aku post je
dia masih lagi tunjukkan
Sunday, May 10 2009??

emmm agak tak bape nak paham
gak aku neh
ala..aku kan bebal sket IT ni
kan so...
ada sapa2 leh tulun aku tak
meleraikan persoalan
yg membelengu fikiran aku
di saat ini??

aku tak kesah kalo
korang nak gelakkan aku
atas kebebalan aku ni...
aku redha je sbb
aku sedar aku mmg bebal dlm
hal2 cenggini ni...

so aku maafkan korang ye!!

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

hujung minggu yg santai

dpt cuti 2 hari baru ni best je rasa sbb dpt lepak2 kat umah dgn Nur 'Ain... basuh kereta... baring2 dpn tv sambil makan2... emmm seronoknyeee

2 hari layan kerenah si kenit tu... buat aku lupa semuanya leka dgn telatahnye yg berbagai2 tu...
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum...

di sini aku mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua blogger-blogger yg bergelar ibu khasnya dan ibu-ibu di seluruh dunia amnya.

ucapan ini aku tujukan khas buat ibuku FATIMAH BINTI SAAD dan ibu mertuaku UMI KALSOM BINTI ABU BAKAR ~ walaupun dorang tak baca blog ini tp sbg tanda aku menghargai jasa dan pengorbanan mereka aku abadikan ucapan ini dlm blog aku yg tak seberapa ini... aku syg kamu berdua ibu-ibuku...

ucapan ini juga aku tujukan buat diri aku sendiri kerana akhirnya aku dpt merasa pengalaman menjadi seorang IBU buat permata hati kami NUR 'AIN SAFFIYA BINTI AHMAD FAIROZ... syukur aku kepada DIA yg telah memberi nikmat ini yg tak semua perempuan dpt merasainya... syukur Alhamdulillah

sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu amatlah besar nilainya dan tak dpt di balas dgn wang ringgit...hanya ALLAH sahaja yg dpt membalasnya
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

TAG lagi

1.Bekas kekasih saya adalah
ramai sgt dah tak ingat la... hii3X

2.Saya sedang mendengar
CC baru memberi arahan itu dan ini...kecoh r!!

3.Mungkin saya patut
cari keje lain spy leh balik Perak cpt sket kan...hu3X

4.Saya suka
tgk muka Nur 'Ain sbb ramai kata mcm muka saya...ahaks

5.Sahabat-sahabat baik saya
yg memahami dan leh accept apa adanya saya...tq dear all my frends

6.Saya tak paham
dgn org yg muka 14 talam...dgn kita ckp lain dgn org lain lak ckp lain...bermuka2

7.Saya kehilangan
kenangan masa blaja dulu...miss all my frends

8.Ramai yang berkata
aku ni peramah tp dorg tak tau aku juga pemarah...he3X

9.Makna nama saya
kalo tanpa Y membawa maksud PENYAYANG...tp dgn Y tu pun aku mmg PENYAYANG jugak

10.Cinta itu adalah
milik semua...

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
memberi arahan itu ini lagaknye mcm seorang PENGARAH dan mmg dia adalah PE ARAH...kecoh je

12.Saya akan cuba
jd seorang yg amat baik kpd semua org tp... tercapaikah??

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
forever

14.Telefon bimbit saya
nokia yg cokia

15.Bila saya terjaga dari tidur
tgk henset da kul bape ye??

16.Saya paling meluat apabila
org nak sesuatu tu dgn cara tak elok sehingga sanggup menjatuhkan org lain...dammmm

17.Pesta/Parti adalah
tpt yg bising

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
entah...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
sekolah rendah...enjoy sgt2

20.Hari ini
sama je mcm hari2 yg lepas...

21.Malam ini saya akan
basuh baju...hii3X

22.Esok pula saya akan
adakah esok masih ada utk aku???

23.Saya betul2 inginkan
dapat pindah balik Perak dan hidup berkeluarga mcm org lain...hu3X

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
takde perasan...

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
sama jek...tpt yg ramai org...sesak

26.Makanan Barat atau Jepun
masakan Melayu gak sesuai di tekak

27.Bilik yang terang atau gelap
musti la gelap...ahaksss

28.Makanan segera adalah
yg boleh dikudap2 time tgk tv atau lam kete ;P

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
ok bye... love u

30.Siapa yang anda nak Tag?
siapa rasa dia tada kerja, tgh bosan, rajin nak menaip atau jiwa kacau ke silalah sudi menjawab tag ni ye... tiada paksaan
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Thursday, May 7, 2009

Cara Nak Tau Sbb Anda Memilih Pasangan Anda ???

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Jangan tengok jawapan di bawah dahulu ya. Tolong jujur pada diri sendiri ok!

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda..

Fikir...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ermmm...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Fikir lagi la ek...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dah habis fikir ke nie????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
OK la, dah habis fikir kan? Dan dah buat keputusan gak kan?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nak tau ke tak nie???

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Jawab la... Nak tau ke tak nie????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Senyum la dulu...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Senyum laa.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dah senyum tak nie??? Hihihi....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Baik, mari kita semak jawapan anda...

Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.>>>> :

* Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

*Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1.Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2.Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3.Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4.Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5.Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama. yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya...

6.Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
BLOG CINA ISLAM



notakaki : aku copy dr emel... Nauzubillah dijauhkan dr ciri2 ini...takutttt
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Rahsia Hidung

Tuhan menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya… huhu


Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.


Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.


Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.


Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.


Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.


Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.
Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda…
notakaki : sekadar kajian ye... aku pun tak tau hidung aku bentuk camne...meh kita pakat usha hidung pasangan kita ok!

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Info utk dikongsi bersama

KUALA LUMPUR - Jika anda berniat untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 pada tengah malam 31 Ogos nanti, mungkin hasrat itu terpaksa dilupakan seketika atau sekurang-kurangnya sehingga 2011.

Ia kerana acara yang dirai penuh meriah itu pada setiap 31 Ogos itu buat julung kalinya tidak disenaraikan di dalam kalendar rasmi perayaan Bulan Kemerdekaan pada Ogos sehingga September ini.

Sebaliknya, menurut laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, beberapa acara bercorak keagamaan bakal disusun bagi mengisi program sambutan kemerdekaan negara yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.

Apa yang menarik, jadual beberapa acara sempena perayaan kemerdekaan negara kali ini juga dianjak lebih awal oleh Cawangan Acara dan Protokol, Bahagian Pengurusan Acara di kementerian tersebut sebagai menghormati bulan Ramadan.

Antaranya ialah Sayembara Puisi Merdeka di Ipoh pada 13 Jun, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 2009 di Melaka pada 9 Julai dan Pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Ogos.

Bulan Kemerdekaan yang pada kebiasaannya bermula dari 17 Ogos hingga 16 September turut tiada dalam kalendar acara anjuran kementerian itu kali ini.Ia sebaliknya diganti dengan Majlis Semarak Ramadan dan Gema Aidilfitri.



notakaki : bagus la kalo tak ada sambutan tp betul ka tak ada sambutan langsung?? leh caya ka!!

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Tuesday, May 5, 2009

hubby dumam

sekarang ni musim dumam kot kan sbb lovely hubby demam da 2 hari dah...kesian dia dumam sorang2 je kat sana...hu3X tp takpe aku tau dia kuat..lelaki kan


Nur 'Ain pun ingatkan dumam tp tadi nurse cakap tak dumam cuma kene cucuk tadi mungkin boleh buat dia dumam...ala syg ibu harap2 tak dumam la si kenit tu kalo dia dumam kesian...kesian kat dia kesian juga kat diri sendiri sbb sorang2 je kene jaga dia... tp satu bagus si Nur 'Ain ni dia batuk ke selsema ke mantain je dia leh lagi main2...gelak2... maksud aku tak meragam sgt la... mungkin dia tau kan ibu dia kat sini dgn dia je babah dia jauh... isk3X

aku pun ni rasa macam nak dumam gak la...tekak rasa kering je hidung pun cam sengal2 gitu...kepala toksah ckp la dari semalam lagi sakit telan ubat kejap je ok pastu ni rasa balik tah nape lah...tu la nak dumam kot...adesss

nampak gayanye tiga beranak ni dumam serentak...instinct tu kuat la...dan aku juga kene kuat w/pun tak bape sihat ni...demi si kenit buah hati nyawa aku tu..
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

aku yg 'busy' di balik tiang itu

emmm i want to show my best place in ofis... behind the tiang ahaks


ha..ni lah dia nye tpt aku yg plg strategik..di balik tiang itu...
agak2 best juga la dok balik tiang ni..
see siap aku tayang lagi aku nye blog tu...
hii3X


cak... ha caye tak ni tpt aku kat ofis??
tak caya pun kene caya lah juga sbb sume ni kenyataan...
ngeh3X


ha3X...
ni wajah aku yg tgh bosan dan tahan sakit kepala ari ni
sempat lagi nak pose tu... ada2 aje lah



AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

..~ aye da besar ~..

haiii...

pg tadi aye pegi kinik came ngan ibu
awalnye ibu bwk aye pg ni
ibu tu mmg la selalu nak awal dan cepat aje
tp mmg pun aye the 1st tau sampai
he3X

aye tggu lame gak tadi
bosan gak tp aye tgk kiri tgk kanan
tgk depan tgk belakang
emmm mcm2 ragam org la
aye senyum2 je mcm ni
=)

ade corang auntie tu
dok cebelah ibu aye
aye pandang die
aye tegor die
sib baik dia layan aye
kalo tak aye malu la
hu3X

ari ni kene timbang as usual la
aye tgh sedap2 tido ibu buka2 baju aye
cejuk la ibu...aye nanes
pastu aye dibogelkan
auwww aye malu tau!!
sib baik pakwe tak ramai tadi
kalo tak malu la aye.. hu3X
bulan ni berat aye da 5.4kg
ooooook la tu!!

pastu kan
tgh sedap2 aye tido lagi
ibu kejutkan aye
ingatkan nak kasi nenen
ghupenye aye nak kene cocok
adessss cakitnye ibu
aye jerit2 tp cakitnye cikit je
aye kan kuat
aye nanes kejap je pastu smbung tido
aye tamo nanes lama2
nanti ibu nanes cama
cian ibu corang2 tau...
aye cayang ibu
tamo kasi ibu nanes
aye kene kuat sbb nak tolong ibu
baik kan aye??
hii3X

ok la
aye nak sambung tido
ibu nak gi keje
jupe ptg karang ye ibu
gi p.mlm tu jgn lama2 tau
aye windu kat ibu
mmmmuuuuuahhhh

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Monday, May 4, 2009

tak tau tajuk pe nak letak

kepala ni pusing amat...sakit sgt2..nyut3 je rasa..adessss nak balik ni pun tak tau leh drive ke tak...hu3X... B i need u rite now!!! ikut hati tamo keje ri ni tamo balik KL lagi smlm..tp.... hu3X alangkah bestnye kalo tak payah balik KL terus je dok kt Kuale Kangsor tu... tak best! tak best! tak best!

esok lak pagi kene bwk Nur 'Ain gi klinik check up dia... tak sabar nak tau bape berat si kecik tu dah...hii3X

nak balik dah...kepala sakit ni...hope tak demam la...
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

layan TAG lagi

TAG dari RED aka EMA

1) Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
sat na nak p timbang sat...emmm 66kg dgn ketinggian 157 cm kdg2 158cm...he3X

2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?
79.9kg ....umor aku time tu 27 thn ++ masa ngandungkan si Nur 'Ain...gumok sgt weh... ~

3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
masa lam pantang tu juz makan set AFIAT je sbb murah kan then jaga makan la tak minum ais, tak makan makanan sejuk2...mmg pantang btl2 la dan hasilnya mmg ramai memuji aku da makin kurus...tp skang perut da naik balik hu3X...

4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?
berat plg rendah ms aku baru dilahirkan la kot tak ingat lak bape kg dan umor time tu sah2 la baru sehari tgk denia yg fana ni...hii3X

5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda..
tak penah walau ada keinginan tp bila kenangkan isi dompet aku dan hubby...lupakan je laaa dan kejayaannye ialah perut aku kembali muncit...mencinye

6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?
aku diet ke??? entah la diet2 aku pun berat camtu je... tp aku suka time 3 bulan pertama peknen tu berat aku turun 65kg tuuu...best best kalo dpt maintain

7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?
takde la mendadak badak bagai tp sket2 je dia naik...jahat kan

8) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?
nak gi mandi wap tiap minggu utk buang asid2 lam badan dan kasi lemak kecut dgn mandi susu nak bagi kulit putih tp tu sume angan2 aku andai dpt pindah balik Perak je... doa2kan la ye

10) sila upload ok?
upload apa ye...gambo ke??

11) nak tag sape????
1. ERA aka SAM
2. VeeViolet
3. LotsOfLove
4. sis_nita
5. shi3la

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

wajah terbaru Nur 'Ain

ni la antara wajah2 terbaru Nur 'Ain utk tatapan sapa2 yg nak tatap ye...he3X


senyum lebar yg agak2 gediks mcm ibu dia...hii3X



wajah Nur 'Ain yg tak berapa nak sihat dek jangkitan virus selsema...
tido sampai ternganga mulut2 tu letih sgt


pipi labuh tu sentiasa menjadi sasaran ciuman babah dia...



aksi tido selepas mengamuk panas dan letih..
dikelilingi patung matahari yg munyik2 lagu dan bantal doraemon
hadiah dr member aku 5 tahun yg lalu...




AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

hujung minggu yg terisi

selamat kembali bekerja!!!

adusss pagi ni terlajak tido la kul 6.15 baru tersedar apa tak kelam kabut aku jadinye... ni akibat dpd sampai lambat malam tadi la ni...jdnye si kecik tu pun tak sempat salin pampersnye terus antar gi umah ngasuh... sib baik la dia tak ngamuk pg ni....letih dan ngantuk masih terasa lagi ni...kepala pun ada denyut2 ni...

meh story hujung minggu baru ni....

***************************************
1st May 2009

just lepaking at umah jek tak gi memane pun da namanye pun cuti kan so adalah seharusnya digunakan utk berehat2 di rumah je....

cuma ptg saja gi jenjalan bwk si kecik tu tgk matahari tp cuaca mendung dan tiba2 hujan lebat so round dok dlm keta je la...

mlm perasan hidung dia mcm berhingus tgk2 emmm dia nak selsema tu... tp tak meragam. sebelum tu babah dia mandikan dia entah camne la caranya tak tau la...but he learn a new thing how to mandikan anak kan... tq dear lovely hubby

***************************************
2nd May 2009

pagi just lepak kat umah je... cuma ptg ingat nak bawak Nur 'Ain gi klinik coz takut selsema dia makin teruk so biarlah cpt2 makan ubat...tp klinik tu tutup lak... udah le klinik ada dua je kt Bidor tu...sian Nur 'Ain nasib la dia tak meragam sgt walaupun hidung meleleh selsema...still can senyum, can borak2 and main2 ngan semua...

da klinik tutup hubby bwk gi umah member dia nak tgk anak org tu... sampai2 je member dia tnye..

"dtg tgk anak menantu ke?"

wah...anak2 tu kecik lagi da nak dijodoh2kan pulak...he3X...mcm2 hal la ibu bapa zaman skang ni... kebetulan anak member hubby tu lelaki dan beza ikut bulannye cuma sebulan tp tahun lain2 jdnye beza setahun gak le...hu3X... tak lama situ Nur 'Ain meragam nak tido then kejap je balik la...

**************************************
3rd May 2009

pg2 lagi da bangun tlg mak mentua main masak2... nak bawak gi kat adik ipar kt kem PLKN Segari, Lumut... dlm pd tu mandikan si kecik tu da dia pun terjaga nanti tak kelam kabut... konon nak gerak dari rumah kul 8.00 tp tu sume janji melayu je at last kul 10.00 gak bergerak dari rumah...

syukur spjg perjalanan tu Nur 'Ain tak meragam cuma merengek2 nak susu je... dia da tak jakun lagi dah naik kete and jalan jauh...lagi pulak ada org dok layan dia suka la dia tu... perjalanan ambik masa 2 jam juga la aku sangap aka ngantuk gak tp segan la kat mentua and adik ipar aku nak tido...tahan je la layan2 Nur 'Ain tu borak...he3X

kul 12.00 lebih baru sampai kem PLKN tu... apa lagi...perut da menyanyi2 aktiviti makan2 la pulak da penat2 main masak2 pagi tadi..hi3X selesai sume sembahyang da kul 2.00 must gerak balik la coz perjalanan aku masih jauh....nak balik KL lagi kan so 2.00 lebih gak gerak balik tu pun ikutkan si adik ipar tu tak kasi balik...tak boleh la syg oiii akak ipar ko ni nak kene keje lak...

da kat jambatan nak ke Teluk Intan tu jam la pulak dah beratur je kete ni... lovely hubby sedap je tido kat belakang diselangi dgn dengkuran yg berlagu2 kasi aku jeles je yg aku ni tersengguk2 tahan ngantuk coz pangku anak... eiii letihnye badan mana dgn kepala sakit yg amat, perut lak tak sedap rasa loya2 je ~bukan sbb ada adik utk Nur 'Ain ye!!.... eii tak seronok je rasa mana jalan jam teruk adesss sumenye buat aku nak pengsan je!!!

simpang dari Teluk Intan nak ke Bidor pun jam teruk sampaikan abg Polis Trafik kene keje la hari ni... at last kul 6.30 ptg baru sampai umah... aku tak larat sgt la very the tiring je rasa... mak mentua mandikan si kecik tu aku pun mandi sume tertido jap....sakit sgt kepala....

dlm 8.00 lebih2 siap2 kemas brg masuk lam kete nak gerak balik KL lak.... hujan lak renyai2...dgn Nur 'Ain tiba2 meragam... aku yg ngantuk mcm2 ada la... hubby amik jalan pintas nak ke tol sbb jalan biasa jam sgt...

spjg jalan kereta agak banyak tp perjalanan leh kata lancar la takde la jam sampai tak bergerak..aku ni bape kali terlelap dek kerana terlalu letih, sakit kepala and sleepy... si kecik tu pujuk2 akhirnya diam dan terus terlena sampai la ke pagi ni (4/5/09)...

sampai KL dlm 11.00 lebih angkat barang2 masuk umah, iron baju semua siap2 tertido ngan hubby and baby kat depan tv...sedar2 da kul 2.30 hubby nak balik pulak esok (4/5/09) dia pun nak keje juga... sian hubby terpaksa balik pulak nak cuti pun susah juga so letih2 pun balik juga la....

da hubby balik naik atas bawak si kecik tu sambung tido... zzzzzz

****************************************

sedar2 pagi ni dah 6.15 awat tak kelam kabut jdnye... gi keje ngan tak pakai bedaknye sampai ofis baru touch up sket2 je ~touch up ngan tak sama je ghupe aku neh..nge3X... jalan sib baik tak jam sgt pagi ni kalo tak mmg ada yg kene sembur la hu3X...

saat ni aku tengah sangap sgt2 ni...kepala pun denyut2 je sakit aku ngantukkkkk.... ikut hati nak je cuti tp pikir2 Encik tu mcm tu tak jd le... pg ni pun kelam kabut je jdnye


AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...