Suami dan isteri dipertemukan dan bersatu. Akad yang terlafaz menuntut "bayaran" (peranan dan tanggungjawab) dan sebagai balasan, hak pasangan akan dipenuhi. Begitu juga dengan anak-anak, ada peranan dan haknya tersendiri. Setiap ahli keluarga perlu memahami, menyedari dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Apabila setiap anggota menjalankan peranannya, maka secara timbal balik akan tertunailah hak pasangannya. Contohnya, jika suami menjalankan peranannya, maka secara automatik hak isteri akan tertunai dan begitulah sebaliknya.
Contohnya, peranan suami adalah dengan memberi suami adalah dengan memberi nafkah lahir dan batin kepada isterinya. Nafkah lahir terdiri daripada kehendak fizikal dan material seperti makanan, pakaian, rumah, kenderaan dan sebagainya. Manakala nafkah batin adalah kehendak jiwa, emosi dan akal yang perlukan ilmu, didikan, belaian dan pimpinan. Pengertian nafkah batin jangan disempitkan hanya menjurus kepada kehendak seks semata-mata.
Jika suami menjalankan peranannya, maka isteri akan mendapat haknya. Isteri akan senang dan tenang kerana keperluannya diisi dengan sebaik-baiknya. Apabila suami menjalankan peranan ertinya dia "memberi" utnuk kebaikan isterinya. Begitulah juga sebaliknya.
~~~~>> lanjut carilah majalah SOLUSI isu No. 29
semoga memberikan kita lebih kefahaman tentang t/jawab kita sebagai SUAMI & ISTERI...
Source : majalah SOLUSI Isu No. 29 pg 22 & 23
1 comment:
wish ya happiness til da end...
suami dan isteri saling melengkapi...
Post a Comment