Wednesday, August 12, 2009

mati pun nak menipu lagi

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat.

"Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.

"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.

"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,

"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara,

"Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.


P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

notakaki: macam ni punya org pun ada ka??
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

5 comments:

sis_nita said...

ish3x..

wahai Haji Teepo Bin Klentong..
insaflah..

ate, udah meninggal ke Haji Teepo ni dik oii.. kalo lom nak gak laa akak pi jumpa dia.. nak bagikk tazkirah barang sehari dua..

huhuhu!

abgBro said...

aper dia ingat mungkar nangkir tu bolek kawtim ker...

sal cer ko siasat bini hj teepo ni ade brp...hehehee

Joe said...

bawa2 bertaubat la Haji Teepo ni.
kesian bini dia terkejut!

afsal_8281 said...

sis_nita...
idak la pulak teman tau idup ke udah mati hj teepo ni
hiii3X ini cerita je kot takde kene mengena ngan yg masih idup @ yg telah meninggal dunia

tgk la nama pun hj teepo (tipu) kan

abgBro...
bini sah satu je la
tp bini yg tak sah aku tak tau la tu abgBro...
huu3X

wallahhu'alam

Joe...
nak taubat pe nye bang
nak mati pun leh niat nak tipu malaikat
mmg peneepo (penipu) tul la pak aji tuh
sengalllll

Vee Violet said...

astaghfirullah hal'azim.... kalau wujud orang macam ni, memang betul2 teruk vee rasa,...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...