Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Hari Wanita

emmm tak perasan langsunglah semalam adalah Hari Wanita... walopun aku ni wanita. boleh tak?? serious aku memang tak perasan langsung dan hari ni bila dok terjah blog org tu terjah blog org ni baru tau semalam 8 Mac 2011 adalah HARI WANITA rupanya...

mungkin sebab semalam aku cuti kot tu pasal tak perasan... paper tak baca tv pun tak sempat nak telek... dok uli anak2 je... aku cuti sbb nak bwk adik Ammar gi check up... patutnye bulan lepas umur 6 bulan kene bawak gi cucuk 3 serangkai tp Mr. Hubby bz bz bz dan bz je manjang so miss la satu bulan so semalam saja cuti nak bwk la... emmmm tak dapek gak nak cucuk sbb adik Ammar batuk & sesema lak... jdnye cuti dok uli deme anak2 je lah.... tp best

ok tajuk Hari Wanita tp melalut lak ye... aku copy paste je sajak ni tuk tatapan kita bersama...


Khas Untuk Kau Yg Bernama Wanita....

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia


Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan


Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA


Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat


Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis


Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana


kredit to yahoo.group ~ copy & paste

perfect kan sajak ni... aku suka dan korang?? dalam kesempatan ni aku mengucapkan SELAMAT HARI WANITA buat semua wanita di mana jua anda berada...

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Wednesday, November 25, 2009

selamat ari raya aidiladha

lagi 2 hari raya haji aka raya korban kan...so aku mengambil kesempatan ni utk ucapkan selamat tuk semua ye dgn pesanan

hati2 di jalan raya (ditujukan tuk aku gak)
kem salam kat org kampung ye... (mcm aku glam sgt) kekeke
jgn makan daging byk sgt nanti darah tinggi (khas ditujukan tuk hubby aku)

sesungguhnya pengorbanan memerlukan penuh kesabaran...
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa.
Selamat Menyambut
Ramadhan
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan
kepada semua dan
mengukuhkan ukhwah yang terbina.
Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan sahabat dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Friday, August 14, 2009

happy weekend!!

salam semua





HAPPY WEEKEND OK!!!!

AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Monday, June 22, 2009

selamat hari bapa

selamat hari bapa
khas aku tujukan
kepada hubby aku yg aku cintai
ayah aku yg amat aku kasihi
abah mentua aku yg amat sporting
abang2 aku
adik aku ~ walaupun tak mcm bapa org
kawan2 aku yg bergelar bapa
dan
semua bapa2 di seluruh dunia

jadilah seorang bapa yg bertanggungjawab
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum...

di sini aku mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua blogger-blogger yg bergelar ibu khasnya dan ibu-ibu di seluruh dunia amnya.

ucapan ini aku tujukan khas buat ibuku FATIMAH BINTI SAAD dan ibu mertuaku UMI KALSOM BINTI ABU BAKAR ~ walaupun dorang tak baca blog ini tp sbg tanda aku menghargai jasa dan pengorbanan mereka aku abadikan ucapan ini dlm blog aku yg tak seberapa ini... aku syg kamu berdua ibu-ibuku...

ucapan ini juga aku tujukan buat diri aku sendiri kerana akhirnya aku dpt merasa pengalaman menjadi seorang IBU buat permata hati kami NUR 'AIN SAFFIYA BINTI AHMAD FAIROZ... syukur aku kepada DIA yg telah memberi nikmat ini yg tak semua perempuan dpt merasainya... syukur Alhamdulillah

sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu amatlah besar nilainya dan tak dpt di balas dgn wang ringgit...hanya ALLAH sahaja yg dpt membalasnya
AYAT-AYAT PUJANGGA KO ORANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...