Thursday, August 6, 2009

Korban H1N1 menjadi 13 orang


KUALA LUMPUR - Bilangan kes kematian akibat wabak selesema babi atau H1N1 terus bertambah dengan empat lagi mangsa menjadi korban menjadikan jumlah mangsa setakat ini 13 orang.

Dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Melaka membabitkan seorang remaja berusia 12 tahun yang mengalami komplikasi buah pinggang manakala seorang lelaki berusia 20 tahun pula asma kronik.

Mangsa ketiga ialah seorang budak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat akibat radang paru-paru.

Terbaru, Mohd Hyafiq Aiman Mohd. Saiful Afendi juga berusia enam tahun, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tengah hari semalam.
nota kaki : makin bertambah kematian makin bertambah kerisauan..

8 comments:

  1. Mornin Sal...
    Thanks info..
    jumlah makin menakutkan...
    membimbangkan...
    Sal take care ok..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah rawannyer hatey dengar semua nie..moga kita semua dilindungiNya

    ReplyDelete
  3. aku pun nek riso...
    nak plak anak2 tu dah mula selsema
    harus kena pi cek doc ni..huhu

    ReplyDelete
  4. LOL...
    yup dear very menakutkan
    risaukan Nur 'Ain tu
    sesema dan batuk dkt 2 minggu dah
    asik gi kinik je
    moga2 dia dilindungi dari penyakit ni

    shi3la...
    thanks ye
    moga2 kita semua dilindungi

    el...
    thanks for coming here
    yup betul tu
    risaukan kesihatan dorg
    keadaan skang dgn cuaca tak menentu
    org keliling pun byk yg tak sihat

    take care everybody ye

    ReplyDelete
  5. afsal.. ambik doa ketika suatu wabak penyakit merebak dekat sini.. insyaallah.. mudah-mudahan dilindungi.

    http://www.sayaseekorarnab.com/2009/07/hindari-h1n1.html

    ReplyDelete
  6. sayaseorangsurie...
    ooo ada eh
    selalu gak jengah blog saudara tu
    thanks ye

    ReplyDelete
  7. heheh.. selalu jengah sayaseekorarnab.com eh?? heheh sila2.. itu blog saya nyer encik suami. ekekeke..

    ReplyDelete
  8. sayaseorangsurie...
    ooo ye ke
    sal masuk sana melalui blog kamu la

    ReplyDelete